Sunday 8 May 2011

sayang mak abah

nk share cikit gan kwn2..
taggal 6 mei birthday my father,8 mei lak mother day..dekat2 kn..hehe
setiap tahun tak penah lupa nk sambut birthday abh...mmg best la..dh mcm2 kejutan kami bt kt mak abah..hehe
kami penah buat suprise kek n hadiah xpenah lupa la..tu mesti ada...hehe
tapi tahun ni abah xnak da kek lagi..so,dia blanja kmi mkan2 besar ja..
ok gak kn..dpt mkn mcm2..badan pun dh mkin comel ja..kikiki

nk tahu tak pa kami buat...
jeng...jeng...jeng...
tepat jam 12 mlam 6 mei
time abah baru balik dari niaga..abah kitaorng bt bisness kedai makan..
kitaorng pun xrancang dari awl pun nk bt mcm tu..
ni suma plan kak n adik bugsu kmi...hehehe

bla abah dh sampai umah..dia baru nk melangkah msuk kmi suma terus wish
"HAPPY BIRTHDAY TO UUUU"3X
HAPPY BIRTHDAY TO ABAH....HEHE..
adik bongsu taburkan perada n kertas warna-warni yang di potong kecik2..
terbaikkk la..^_^
WE LUV U ABAH


ni lah hasil kerja tangan kakak n adikku..hhehe..suprise la kn..huhu



ni lah hadiah dari kami buat abh tersayang..kurta(jubah pendek)


sempena gan mother day lak..kami xda buat yg suprise sangat sebab dh xda modal nak buat pa lg...hehe
at list kmi tak lah lupa kat mak kan..hehehe
kami beli hadiah tuk mak abah hari yg sama..
bla kami discuss,suma bersepakat nk belikn baju tuk mak abh..pening juga la nk mencari..besalah kangar ni..susah sikit nak mencari..hehe..
dah xlarat nak pusing2 lgi kmi pun ambik ja mn yang sesuai..
bla dah samapai umah..time tu myb dalam kul 1 lbh..mak abah pun tgh rehat2..
nak tahu pa kami buat..haaaa
kami pun bertindak gan cepat...takot depa sedar lak..hehhe
kami bentangkan baju yang kami beli tadi kat atas ktil n letakkn setiap bju gan kad ucapan..hehe
bla abah bngun terus g mandi n solat suma..
pastu dia pkai bju tu tunjuk kat kami..kami suma buta terkejut ja..bju pa lak..sapa bagi..hehe..konon2 buat2 xtaw la..hehe
pastu giliran mak lak mcm tu..


ni lah bju jubah khas buat ibu tersayang..mmmuuuaaahhhh

Friday 6 May 2011

malunyaa....

sepanjang cuti sem ni,aku mengahbiskan masa tolong parent kt kedai mkn..
setiap jumaat cuti..so,kadai ttp la..bila cuti pasti ada planning nk jlan2 mkn angin gan fmly...huhu

tapi hari ni hari yang malang bt ku..hehe..kami g shopping kt tesco
dok sibuk tengok2 barang..kakak ku bagi barang yg dia pilih pdku untukku pegang..lalu aku pun amik dan terus masukkan kedalam troli.(di tolak oleh adikku)

semasa nak letak barang tersebut,mataku duk usha kt barang lain, tangan nie main letak ja dlm troli.
tiba-tiba dengar satu sora dr mak cik mn tah..."eh awat ni,pasai pa ni"
terkejutnya,oh rupanya ku tersilap letak barang..terus ku ambik brng tu blik.."sory2..ingat bkul sy td"hehe
ya ALLAH..xtaw nak ckp mcm mn..mmg malu la time tu..kak n adik-adikku suma gelak
hari ini memang malu sangat2..
so,lpas ni kna berhati-hati la..hehehe



otw nak tesco..penuh keta...hehe...^_^




ni lah trolinya...hehe

Wednesday 20 April 2011

PETUA AWET MUDA

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Tuesday 19 April 2011

KELEMBUTAN ITU ADALAH KEBAIKAN


Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)

Sifat Lemah Lembut

1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)

1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.

2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.

4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

Monday 18 April 2011

mawar berduri

Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami.


..

Salam perbicaraan

Assalamualaikum....       Bismillahirrohmanirrohim...pembuka bicara...:)